Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia

    Hari ini, aku terpanggil untuk bercerita tentang perniagaan Monsun Biz ini, yang pastinya telah menjadi agak popular dan maafkan aku jika ayat aku agak terkurang ajar kali ini. Aku bukan mahu biadap, tetapi kadang-kala ia perlu untuk membukakan minda sempit kebanyakan rakyat malaysia.

    Dari apa yang aku tahu mengenai perniagaan ini, ia adalah seperti portal perniagaan seperti Lelong, dan juga eBay yang kita sedia maklum tentang kadar pengunjung yang tinggi serta kepopularitiannya.Dan pendatang baru, Mudah.com.my juga tidak kurang hebatnya.

    Dari apa yang diberitahu oleh Mohd Ismail di dalam blognya, akan ada pula rancangan realiti TV bertajuk ” Ubah nasib bernama Nora”. Geli hati juga aku mendengarnya.Wah, sudah semakin rancak nampaknya. Apa yang aku kesalkan ialah, sebenarnya, orang yang buat perniagaan ini sebenarnya tidak tahu apa pun tentang perniagaan internet. Kalau ada pun, aku rasa berdasarkan dari cakap-cakap orang dan pastinya ia amat basic sekali. Aku tidak mengatakan ianya scam, kerana plannya tidak menunjukkan ianya scam, tetapi sekadar tidak masuk akal sama sekali.

    Aku tidak mahu berkata apa-apa tentang design website ini, yang pastinya amat tidak professional sekali jika hendak dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang telah mereka terima setakat ini. Apalah salahnya jika mereka mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menaiktaraf atau membina portal perniagaan yang lebih baik serta meyakinkan untuk pengunjung. Kalau kau tiada orangnya, aku pasti Bob boleh bantu ye Bob?

    Satu lagi ialah kadar pengunjung yang bertandang ke laman portal itu sendiri? Rasa hendak menangis aku melihat graf pengunjung mereka jika hendak dibandingkan dengan portal perniagaan malaysia yang lain.Kau lihat sendiri,

    Di manakah monsun.biz.com? Untung berjuta hanya untuk kantung sendiri.Apalah salah sekiranya kau menggunakan kembali duit itu untuk ditaburkan di Adwords, Adcenter atau Yahoo Search Marketing? Bukan hanya di dada-dada akhbar picisan yang hanya tahu mengambil untung pengiklanan tanpa mengetahui kesan dan baik buruk pengiklanan tersebut terhadap pembacanya. Aoa kejadahnya dengan surat khabar kita sekarang?

    Konsep Perniagaan

    Konsep yang paling sampah pernah aku dengar. Kau bayar RM50,000 dan kau akan terima 20,000 lot panel yang akan kau jual kembali sebanyak RM 50 seunit. Masalahnya disini, adakah kau tidak berfikir dahulu tentang apa yang kau beli itu. Kau pergi sendiri di laman web mereka, dan kenal pasti sendiri keboidohan kau disitu. Dan yang paling aku terkejut, masih ada yang mampu membayar jumlah sebanyak itu. Nescaya jika kau berikan pada aku, aku mampu membuatkan satu portal yang lebih menarik dari mereka dan menjanjikan jumlah pengunjung yang lebih ramai dari apa yang mereka berikan, dan nilainya pun tidak sampai kepada jumlah yang kau laburkan itu serta, kau mempunyai portal kau sendiri.Bukan portal orang lain yang kau terpaksa beli dan sewa kembali.

    Kesalnya aku kerana rakyat Malaysia sering diperbodohkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang tahu mengambil peluang tentang kelemahan orang lain. Bukan mahu membantu, tetapi lebih memburukkan keadaan lagi.Sesiapa rakyat Malaysia yang ada membaca post aku ini, harap kau semua sedar tentang perkara ini. Tolonglah, hentikan benda-benda macamni.Aku sudah muak.

    *update*
    Website Monsun-Biz sedang diupgrade.Pada permerhatian dahulu, hanya sedikit sahaja product yang ada di dalamnya.Dan selepas 3 hari pengumuman, dari pemerhatian website mereka sekarang sudah tidak ada lagi list barangan yang biasanya kita nampak. Semuanya telah menjadi kosong.Mungkin dia nak letakkan lebih banyak lagi didalamnya.Penipuan bakal berlaku selepas ini.Website masih boleh di akses di alamat ini.

    Posted on 7 April '08 by uzairubiah, under Macam-Macam, Personal.

    78 Comments to “Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia”

    1

    aman wrote (07.04.08 at 09:45)

    RM50,000 tue dah boleh wat macam-macam. Huhu…PTPTN dah bleh setel, baki dah boleh mula bisnes yang betul-betul bisnes..haha

    2

    hafifi wrote (07.04.08 at 10:47)

    aku dah baca kat blog mohd ismail…minta2 mereka yang berniat join monsun biz ni batalkan niat dorang..memang tawaran mereka tampak menarik tapi klu tak logik buat apa..nak dapatkan duit bukan senang tapi dlm iklan dorang sepertinya terlalu senang untuk dapatkan duit…

    3

    uzairubiah wrote (07.04.08 at 11:41)

    Sebab tu tak salah sekiranya aku biadap sikit di sini.Kebanyakan orang malaysia ni nasih x faham apa itu perniagaan internet. Yang pandai pulak ambik peluang tentang kelemahan mereka.Geram betul.Takde siapa yang tampil kedepan untuk menjelaskan perkara ini. Bukan mudah nak buat duit kat internet.

    4

    [...] bahaya! jangan terpedaya. terkesima. [...]

    5

    abdfatah wrote (08.04.08 at 00:45)

    bagi kat saya laa… nak tambah blog lagi nih… rm1000 pun takper dah… hahahaha

    nampak senang tapi tak senang-senang…

    6

    uzairubiah wrote (08.04.08 at 02:11)

    Abdftah: tu la pasal, bagi kat aku pun ok.50,000 tu kalau dapat kat aku, akan aku bina laman web yang lenih canggih dari itu.Siap boleh belanja kawan-kawan makan kat hotel lima bintang.hahaha.

    7

    [...] Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun - U-monsun So, apa yang kita mampu buat [...]

    8

    abdfatah wrote (10.04.08 at 08:06)

    berapa orang nak daftar lagi…? bleh daftar tapi kena buat website yang lebih canggih lagi berkenaan ternakan cacing ke apa ke yang berjangka panjang lagi elok…

    ada tawaran untuk blog jugak ke? boleh laa promote citer pasal ternakan cacing… cacing mahal wooooooooooooo… banyak lagi tapak yang nak sewa tu… dapatkannya segera…hehehhe… cacing dan kail satu peniagaan yang kukuh…

    9

    uzairubiah wrote (10.04.08 at 08:40)

    ye…aku sokong kau abdfatah..ternakan cacing sekrang lebih mendapat tempat..

    10

    uzairubiahbodoh wrote (13.04.08 at 11:23)

    Ini lah penyebabnya kenapa orang Melayu tak maju-maju. Baru naik sikit adeee jer yang potong stim. Korang tahu tak bagaimana orang putih, cina dan india boleh kaya berbanding dengan korang orang melayu?? Cuba lah kaji sikit,.. jangan main sedap cakap jer,.. kaji betul2,.. dengar dari mulut orang yang dah buat duit. Aku nak tanya,.. sejak korang main internet ni,.. dah berapa juta korang buat?? Kalau sekadar bayar bil internet pun x lpas jangan cakap besarlah. Korang lulusan mana?? Kalau lulusan univrsiti bodoh sombong,.. memang patutlah dok merapu dalam blog ni. Be professional. Tak puashati,.. call kami di nombor yang tertera di akhbar atau datang sendiri ke pejabat kami.

    11

    Mohd Ismail wrote (13.04.08 at 12:14)

    dia ajak berdebat beb.. ha ha ha… wahai penyokong Monsun Biz yang budiman..

    #1 Pelan perniagaan Monsun Biz tidak jelas & meragukan.

    #2 Kami mmg lama main internet dan tidak dapat juta-juta kerana kami tidak pandai menipu orang & membina pelan perniagaan yang meragukan.

    #3 Kami sangat berminat untuk berdebat dengan pihak Monsun Biz tentang hal ini. Jika boleh, siarkan secara langsung di TV3, biar kami juga popular… ha ha

    12

    Mohd Ismail wrote (13.04.08 at 12:16)

    lagi satu ye penyokong Monsun Biz yang budiman… jangan jadi orang yang takut telurnya di’patuk burung dengan meninggalkan nama samaran yang aneh2.. ibubapa kita bagi nama sedappp sangat da..

    13

    uzairubiah wrote (13.04.08 at 13:03)

    Ha..ha..inilah yang dikatakan bacul Mail..

    14

    hafifi wrote (13.04.08 at 14:07)

    haha! panas2..

    15

    uzairubiah wrote (13.04.08 at 14:26)

    Ya..Memang panas hafifi..hahah

    16

    hanep wrote (13.04.08 at 17:27)

    haha.. aku suka.. aku suka…
    err… apa lulusan universiti si peninggal komen itu pulak ea?
    “be professional”? monsun-biz professional?
    all what i can see, the professional way for is the power to rule. we make things sense..

    17

    uzairubiah wrote (13.04.08 at 17:33)

    Thanks Hanep..maybe dia lulusan harvard atau stanford..sebab tu website yang diorang buat dan komen diorang pun sangat professional..

    Yang aku tau sekarang ni, dia kat area pj.Maybe kat umah atau CC.Aku akan kesana minggu depan.Ingat dia tak tinggal url, aku xboleh trace agaknya..

    18

    abdfatah wrote (14.04.08 at 02:17)

    meh laa kita buat perdebatan … buat forum blogspot perdebatan monsun biz… nanti gua buat satu forum blog…. eh eh forum blog debat-monsun-biz.blogspot.com ajak sapo2 yang dah join…

    tapi kat nogold dah ada dah… kat carigold tak panas lagi… ada yang dah join mirsb nih.

    hahaha… keh laa sini trace kalo berani… wakakakakaa…

    19

    abdfatah wrote (14.04.08 at 03:34)

    aaaaa… buat masa nih ikhlas saya katakan… saya gumbira melihat orang yang berjaya daridapa melihat orang yang terpedaya…

    kalo gitu… saya nak setup blog sebijik boleh ke kat sana… kalo ada boleh gak join sekali. modal domain ngan hsoting murah sikit sebb bleh diskaun…

    kalo takleh bayau biarkan aje laa ekspeyed date aje… orang lain bleh tolong gantikan…

    kalo pendekatannya ke arah pembaziran dan pempedayaan kepada orang ramai
    apa maknanya. jika tidaknya takder laa pulok orang duk mengadu rugi sakan join
    contest itu ini namun tak menang apopun… mengadu kat tv3 laa… mengadu kat surat kabau laa.. sedangkan mereka baca suratkabau dan tengok iklan2 yang terpapar… haaaa

    nilaikanlah sendiri dengan hati budi nurani anda sendiri

    apa kata anda? jenguk sini : http://www.debat-monsun-biz.blogspot.com

    20

    uzairubiah wrote (14.04.08 at 04:18)

    Fattah, wa sokong lu..mari kita tanamkan terus perniagaan yang memperdaya ni.Mereka lebih banyak mengaut untung dari membantu landlord dia.

    21

    abdfatah wrote (14.04.08 at 08:54)

    hehehe… mudah je lepas nih pakat2 rankingkan pasal monsun-biz nih ke muka depan google buat peringatan yang lain…

    22

    uzairubiah wrote (14.04.08 at 08:59)

    Itulah yang kita mahukan..konsep dia xsalah, tapi cara perjalanan perniagaan dan orang yang mentadbir itu yang terpesong.Kita kena bantu yang lain.

    23

    [...] Tunggulah sehingga ianya betul-betul mengikut perancangan, aku akan mula war-war dan pasarkannya. Yang penting, ianya sangat kreatif dan menarik. Bukan e-book sampah,bukan pitch sales, dan juga bukan offer-offer mengarut yang selalunya kita lihat. Ianya betul-betul produk yang amat berpotensi tinggi. Dan juga bukan monsun biz.Ha..Ha.. [...]

    24

    Salleh wrote (14.04.08 at 15:58)

    Orang yg tak tau IT boleh laa korang tipu…web korang http://www.monsunbiz.com langsung x pro..macamana nak tolong orang lain pasarkan produk kesata dunia, malaysia pun x lepas!! Nie baru nak tlg orang melayu: http://www.riledz.com

    25

    uzairubiah wrote (14.04.08 at 17:53)

    Ya..terima kasih Salleh.Agak menarik juga RIledz tu..akakn ku usya semula nanti.

    26

    Rafhz wrote (15.04.08 at 09:31)

    kecian kat sape2 join monsun biz nie… ish2, aku x nafikan mmg iklan monsun yg besar2 kat metro tu mmg menarik org ramai..tapi… smpai skunk aku x leh nk masuk laman web monsun nie.. ish2… tp dgr kate monsun nie dah promote kat tv3… aku harap x de la org yg sanggup join monsun nie… takut aku tgk ape yg berlaku skunk nie… x pasal2 hangus rm 50k… banyak tu… bleh bukak bisnes sendiri yg lagi stabil tu… tapi satu je buat aku x berminat nak join biz nie.. aku betul2 x suke bile korang nk menegur tapi menyumpah org plak.. klu cakap be profesional, kite kene tunjuk dari kita sendiri… hmm… macam ni, mmg aku x heran la ade org kate bile dah jadi ahli korang lepas tangan aje… aku rase better aku tanya otai2 blogger lagi dr prgi pejabat korang…

    27

    uzairubiah wrote (15.04.08 at 14:26)

    Itu la pasal,kata professional..tapi ayat pun macam sial..aku mengaku attitude aku bukan professional walaupun aku bekerja pada tahap itu.Aku agak maksud profesional pun diorang tak tahu..budget pakai keta besar, tie, kemas-kemas,tu agaknya professional bagi diorang.

    Bagi aku yang penting, work ethics kau.

    28

    Salleh wrote (16.04.08 at 06:31)

    DORANG JADI KAYA RAYA TU DARI HASIL KEPERITAN ORANG LAIN..JUAL PROGRAM YG X BERFUNGSI..SEBAB TULAH DORANG X MINAT NAK GUNA SISTEM YG DORANG BUAT TU UTK JUAL PRODUK2 LAIN, SEBAB DORANG PUN TAU SISTEM TU XLEH FUNGSI…JADI CARA PALING BAIK JUAL JE PAKEJ2 HAPRAK TU..SENANG X PENING KEPALA.
    PI MAMPUSLAAA SESIAPA YG BELI..!!! JANJI AKU DAPAT DUIT!!. BIAR X KAYA XPE, JANGAN MAKAN DUIT HARAM…ORANG YG KENA TIPU TU XKAN REDHA…KAT DUNIA MUNGKIN KAYA RAYA, BONGKAK, SOMBONG…TAYANG KERETA BESAR2 KAT PAPER…JANJI MACAM2…TAPI HASIL YG DIA DAPAT DENGAN MENIPU ORANG!!
    KALAU PROGRAM TU BENAR2 BOLEH BERJAYA, MANA BUKTI…? MANA JUTAWAN YG KORANG KATA DAH BERJAYA TU? KENAPA X TUNJUK JE GAMBAR2 ORANG2 YG DA BERJAYA..NAPE GAMBAR NORA JE?
    SEBAB YG KAYA NORA SORANG! ORANG LAIN PAPA KEDANA…!

    29

    uzairubiah wrote (16.04.08 at 07:06)

    Sebab memang Nora ngan tokey-tokey besar tu je yang kaya.Yang lain semua haprak lagi.xde duit.benda tak boleh jalan.Sebab tu la Nora sorang je jadi eksekutif.

    30

    siti masturah wrote (17.04.08 at 03:55)

    nasib baik saya tak buat payment..nasib baik saya rajin jenguk-jenguk blog orang..
    kalau tak nahaslah saya….syukur sesangat ..tau tak hari senin hari tu nyaris saya bayar rm 5000 kat office diorang ..tapi allah nak tolong..buku bank saya tertinggal kat ofis dan atm saya cuma boleh kuar rm 1 k aje..alhamdullillah..
    jenguk blog saya..

    http://barangelektrikterpakai.blogspot.com/

    31

    uzairubiah wrote (17.04.08 at 04:19)

    Bersyukur kepada Tuhan Siti, awak terselamat.Lain kali, kena fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan.

    32

    jo wrote (17.04.08 at 07:56)

    betul memang betul mnsunmemperbodohkan rakyat malaysia yg tak tahu domain and domain reselling

    33

    Nasrul wrote (17.04.08 at 13:48)

    maybe kita patut team up utk perangai hal2 scammer cam monsun biz nie.
    cam skg aku dok refer aa419.org.

    diaorg nie ala-ala NGO yg dok perangi n give latest info ttg scammer.

    34

    uzairubiah wrote (17.04.08 at 16:46)

    Aku ada jenguk website tu Nasrul.Boleh jugak.Tapi patut kerajaan ambik tahu pasal benda ni.Ni diorang pun buat bodoh.

    35

    [...] - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan …      Is it true? I have done some research about monsun.biz as well and finally I meet one [...]

    36

    abdfatah wrote (18.04.08 at 01:41)

    http://www.shamsuriyadi.com/2008/04/17/tak-perlu-rm50000-untuk-mulakan-perniagaan-internet/

    mari kita tengok kedai online laa pulak… rasanya inilah masanya yang paling tepat untuk anda mendapatkan sistem kedai online anda dan bukannya sistem monsun online tersebut…

    sistem kedai online vs sistem monsun online… adesh. buat perbandingan dan hang fikir laa sendiri…

    37

    [...] monsun-biz-portal-memperbodohkan-rakyat-malaysia [...]

    38

    uzairubiah wrote (18.04.08 at 03:02)

    Ebay dan Lelong tidak menggunakan orang tengah.Silapnya monsun biz ni, sebab menggunakan orang tengah iaitu penjual lot.Itu kesilapan paling besar.

    39

    [...] - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan … Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? Is it true? I have done some research [...]

    40

    zack wrote (19.04.08 at 11:11)

    tu la,kalu di pk kan mmng xlogik.kite bayar rege yg dorg mtk,tp xnmpk pebenda yg kite beli..yg ade mase hadir class die je, kene bayar rm100 lg lak tu, pastu dpt la utk pndftrn n manual yg kejap2 tukar n xsama ngan manual yg lps2.sape2 yg ade kuase utk bendung bende ni tlg la mereka2 yg bakal dtipu..melayu oh melayu..

    41

    uzairubiah wrote (19.04.08 at 15:01)

    sebenarnya, diorang cuba jadikan orang yang beli lot tu, orang tengah.So, kan dah jadi susah macam tu.

    42

    ketuk_angel wrote (20.04.08 at 06:58)

    Apa menda yer monsunbiz nih? webnya macam x siap jer… web macam nih pon bleh kluar paper ker… n banyak pulak yang percaya… sapa ye yang harus dipersalahkan?? sepanjang saya survey bisnes2 online yang lain kat dalam internet… webpage monsun biz yang paling budus sekali….

    43

    uzairubiah wrote (20.04.08 at 10:12)

    Diorang ni, cuba nak jadi macam ebay dan lelong, tapi silap plan la..Orang sekarang cuba nak elakkan orang tengah, ni dia wujudkan orang tengah di pulak di antara pembeli dan penjual.

    44

    Brother Mat wrote (22.04.08 at 02:04)

    Salam utk semua
    I am neither supporting monsun or those who are against them. But I am of the opinion that this business should be viewed with objectiviity and sincerity. Of course on their part profitability is one of their main concern. But if it really can help our people the Malays in particular to progress, I think they should be given the support .

    Wallahuaklam

    45

    uzairubiah wrote (22.04.08 at 03:06)

    Sincere and reliable.That’s make sense.

    46

    abdfatah wrote (22.04.08 at 04:30)

    meh sini kalo sapo2 yang nak jadi kaya…

    http://ie.youtube.com/watch?v=ABFFLpHZNfk&feature=related

    47

    uzairubiah wrote (22.04.08 at 10:06)

    Memang lawak la ko Fatah

    48

    abdfatah wrote (25.04.08 at 01:36)

    tu laa pasalnya… baik buat blog skim cepat kaya pulak lepas nih. bagi tajuk penangan skim cepat kaya blogspot. hahaha… bleh promote habis-habisan mana yang patut.. kalo betul2 nak jadi kaya…

    49

    uzairubiah wrote (25.04.08 at 02:16)

    yes…I like…

    50

    siti masturah wrote (25.04.08 at 07:09)

    hmm tadi kuar lagi kat tv tapi entahlah cara dia promote mcm best ajer..kite bukan apa..sebagai usahawan yg baru nak naik munkin senang terpengaruh dgn bende-bende macam ni tapi soalannya boleh kah ia membantu kita atau cuma mengabiskan duit aku ajer..
    entahlah kita kene belajar bende-bende ni dulu…kalau tak modal lebur..biz pulak tah ke mana

    51

    uzairubiah wrote (25.04.08 at 07:20)

    Macamnilah…sebenarnya kau tak perlu labur duit banyak tu untuk buat perniagaan online..Cara mereka sebenarnya melibatkan orang tengah.Kau beli lot, dan kau sewa kat orang lain. Tapi mereka, dapat duit, bukan nak promosi portal diorang tu.Kau tengoklah sendiri, berapa ramai orang dah sewa lot semua. Pengunjung yang datang pun x sampai 100 sehari.
    Macamana penyewa kau nak sewa kalau tempat xde orang nak datang.Itulah sebab aku kata monsun biz ni merepek. Ingat visitor boleh datang sendiri. Diorang ni tak tahu apa sebenarnya diorang buat. Percayalah, memang xkemana. Hari tu, diorang punya Seemore pun hancus.

    52

    abdfatah wrote (25.04.08 at 11:00)

    tak kira nak satu juta jugak…satu juta bro… satu juta siapa yang tak nak… sejuta sebulan bro… remember that… keuntungan itu yang dijanjikan oleh MIRSB… satu jutaaaaaaaaaaa….. hehehe… meh sini satu juta bagi kat saya.. bleh?

    apa yang merepeknya.. betul laa apa yang dh tersiar dalam tv dan metro tu. dapat satu juta beb… haaa… tunggu dan lihat aje laa… kalo rugi tanggung sendiri laaa..

    53

    uzairubiah wrote (25.04.08 at 11:58)

    xde hal..sejuta bukan masalah..

    54

    Cikgu wrote (26.04.08 at 09:31)

    Setelah dikira satu persatu disertai oleh 240 usahawan web Melayu dengan gelaran “Landlords”. Ada yang menggunakan nama diri (mengikut kad pengenalan atau myCard ) dan ada yang menggunakan nama perniagaan. Game has started.

    Klik “Landlord’s” page kosong macam ni je:
    http://www.monsun-biz.com/landlord1.php?id=LAND0190
    Ada yang yang buat lawak macam ni:
    http://www.monsun-biz.com/landlord1.php?id=LAND0026
    Ada yang tertulis sikit-sikit macam ni:
    http://www.monsun-biz.com/landlord1.php?id=LAND0173
    Direktorinya pula: Kosong - There are no items in this category
    http://www.monsun-biz.com/categories.php?parent=1152
    Yang ini pun kosong – There are no items in this category
    http://www.monsun-biz.com/categories.php?parent=960

    “China has surpassed the United States to become the world’s largest Internet-using population, reaching 221 million by the end of February, state media said on Thursday”. – Kalau 1 orang melanggan bolehlah kut di kongsi bersama oleh 240 “Landlords” dengan mendapat sewaan sebanyak 108.9474 CNY (belum ditolak fees Gateway2020 ) dibahagi dengan 240 orang selama sewaan itu berjalan. Entah seminggu ka.. entah dua minggu ka.., tetapi itupun belum tentu lagi. Barangkali mereka akan menggunakan perkhidmatan seperti ini:
    http://www.alibaba.com/
    http://www.google.com.my/intl/en/ads/
    http://smallbusiness.yahoo.com/

    Dalam sejarah dunia di atas satu bidang tanah yang tak boleh ada lebih dari satu Landlord. Maknanya MIRSB sajalah Landlord sebab ada geran (domain). 240 anggota yang tersilap menerima gelaran ”Landlords” tu adalah sebenarnya satria bolehlah diberi gelaran ”Knight of the MIRSB Sky Kingdom”. Monsun-biz Malaysia itu wayang sahaja. Yang nyata MIRSB SERVICES SDN. BHD. (Nombor Syarikat: 797916-M) adalah sebuah syarikat yang di perbadankan menurut akta syarikat 1965 boleh di akses diambil salinan maklumatnya oleh sesiapa saja di kaunter SSM baru boleh tahu Who’s Who, juga Lot 3.36, 3rd Floor, 100 The Mall, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur tu office apa. Jangan terus berasa sedap hati saja bila disebut-sebut The Mall, Putra Place, SSM, atas ada Legend, depan ada PWTC dan bawah ada Sungai .

    Business Melayu kat area situ lebih kurang jugalah dengan business bumiputera di Kompleks Pertama dulu-dulu yang kebanyakkannya menjalankan perniagaan khidmat untuk peniaga2 seperti khidmat setiausaha syarikat, broker akauntan/firma audit, agen commerce.com untuk daftar Kem. Kew., bumiputera, pkk dan CIDB, buat kertas kerja untuk orang lain nak berniaga BUKANNYA bidang komunikasi, ict, media atau advertising, sebab tu konsep monsoon-biz Malaysia tak jauh lari dari tu.

    Informasi berguna ketika ni – Kalau nak mudah ke De Palma Hotel Ampang naik LRT turun stesen Jelatik. Lepas tu tunggu dan naik RapidKL turun depan ampang puteri specialist hospital dan berjalan kaki sikit. Balik rumah clik si sini

    55

    abdfatah wrote (27.04.08 at 03:48)

    hehehe… tutorial kan ada…
    meh jenguk tutorial
    http://www.monsun-biz.com/auctiondetails.php?id=

    56

    abdfatah wrote (29.04.08 at 09:35)

    habis tu kalo dah rugi kena tipoo takkan nak diam diri aje…?

    57

    uzairubiah wrote (29.04.08 at 09:43)

    Janganla berdiam diri..benda ni memang nak kena perang.Bagi yang dah terkena, mustahil nak dapat duit balik, cuma mungkin boleh push orang monsun sendiri supaya dapatkan traffic yang banyak ke website diorang tuh.

    58

    abdfatah wrote (30.04.08 at 01:59)

    gula makin meriah tawaran makin menarik nampaknya. biar betik… jangan kelabu bijik mata dah upgrade lagi dah? 100k kepada 3 juta..? biar betik?

    59

    uzairubiah wrote (30.04.08 at 02:54)

    huh..melampau tuh..

    60

    reena wrote (30.04.08 at 13:31)

    mcm mana dgn i-gomobile callcenter dari MIRSB. kata dia org bleh untung puluh ribu jz buat sms kuiz yg skrg bnyk di iklankan kat Metro (sms kuiz dri 33886) tapi i buat survey ramai yg menangis coz tak balik modal langsung…nasib tak join pakej tu..

    61

    uzairubiah wrote (30.04.08 at 13:58)

    i-go monile adalah juga produk dari MIRSB yang memang xberi pulangan langsung.Setelah setahun, kebanyakan pembeli mereka masih lagi tidak mendapat 0.05 % dari apa yang mereka telah keluarkan.

    Masalah ini adalah kerana MIRSB ni memang tiada inisiatif untuk membantu.Mereka just jual produk and cerita macamana nak jadi kaya.Dan kebanyakan pembeli jadi teruja kerana, dihujahkan dengan number tujuh angka dan sebagainya, sedangkan realiti sebenar ianya tidak mudah seperti yang disangka.

    62

    abdfatah wrote (30.04.08 at 14:34)

    MIRSB dengan TAWARAN GEMPAKNYA!

    hahahaha… kelabu asap dah kalo gula semakin manis tawarannya…. belum beli lagi sukabau metro, tetapi itu laa yang telah diiklankan dalam metro. nampaknya nak kena beli sekeping nih nak tengok tawaran gempak 3 juta tu… menjadi ke tidak? ini dah terlebih dah nih… semacam je MIRSB nih… jadi lain macam dah kalo terkejar2 begini…

    mana fokus MIRSB sebenarnya…? fokusnya tak lain kaut duit sahaja…

    realiti tak semudah disangka? kenapa? itukan tawaran dari MIRSB…siapa yang nak bagi tawaran gitu…? MIRSB je…

    63

    uzairubiah wrote (30.04.08 at 14:45)

    aku pun nak beli Metro esok..Aku rasa Mirsb dah sogok suratkhabar nih..manjang satu page besar je iklan..banyak duit dah tu..

    64

    dilla wrote (30.04.08 at 16:16)

    my cousin beli i-gomobile laa, buat sms kuiz..ingat bleh tmbah income dia sbb dia ibu tunggal ada 3 org anak. dia ingat bleh la dpt income spt yg di war2kn tu…tpi hampeh je…iklan kecik kat metro pun dh rm1071 utk 1 day..pulangan yg dia dpt nak bliberas 10kg pun tak lepas…:(

    65

    dilla wrote (30.04.08 at 16:23)

    i nak cek monsunbiz punye site…coz ramai frens i yg teruja with iklan MONSUN & SEEMORE kat Metro & tv. tak sngka lak bleh jumpa blog u nie…bleh dpt info psal nie smua…sedey lor if mcm nie…uwaaa!!!

    66

    uzairubiah wrote (30.04.08 at 17:44)

    sekarang site dia dah tukar laout ngan ubah suai su=istem sikit.Tapi sebenarnya xde apa yang berubah selagi traffic kat site dia tu macam hampeh..Duit banyak dapat, pegila labur buat PPC or apa2 yang patut bagi traffic.Ni tidak..

    67

    nsspanw wrote (05.05.08 at 10:20)

    sorry,tiba2 je menyibuk,aku pun nak jugak bagi tau kat sume org yang yang pompuan N dan sistem bosmaller dia tu dah tipu duit aku rm11k sampai ke hari ini tipon atau sms pun x jawab,nak collect email konon abuk pun tarak.setahu aku ramai lagi yang dah terkena dgn N ni dan ada sorang lagi macam mastermind lah yg duduk blakang ajar dia nak buat strategi kaya kan diri dia.

    68

    uzairubiah wrote (05.05.08 at 17:06)

    Memang Puan Nora tu dah menipu ramai lagi duit orang.Tu yang aku geram tu..

    69

    Salleh wrote (06.05.08 at 11:32)

    Ok!!! toksa pening2…mai kita pakat ramai2 buat satu web petisyen supaya ramai2 tanda tangan supaya tindakan diambil kerajaan……

    70

    Salleh wrote (06.05.08 at 11:33)

    Mintak tlg webmaster yg teror2 tu buatkan…

    71

    uzairubiah wrote (06.05.08 at 23:55)

    ya..aku sokong tindakan ini..

    72

    [...] scam ? sila jangan tertipu : Mohd Ismail (dot) Net | Monsun Biz - Apa pendapat anda!? — MEGAT | Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia | uzairubiah.com | * Prospect of Monsun-biz, I?d say its an opportunity?*?*Online business - Make money with [...]

    73

    abdfatah wrote (30.05.08 at 10:46)

    makin hangit ke makin hangat neh…? atau udah kepanasan?

    74

    [...] Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun - [...]

    75

    [...] Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun - [...]

    76

    [...] scam ? sila jangan tertipu : Mohd Ismail (dot) Net | Monsun Biz - Apa pendapat anda!? — MEGAT | Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia | uzairubiah.com | * Prospect of Monsun-biz, I?d say its an opportunity?*?*Online business - Make money with [...]

    77

    [...] pingat dari Guinness World Record untuk hilang duit paling cepat, aku suggest ko join ” Empayar Pn. Nora dan konco-konco” speedo [...]

    78

    [...] — sila jangan tertipu : Mohd Ismail (dot) Net | Monsun Biz - Apa pendapat anda!? — MEGAT | Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia | uzairubiah.com | * Prospect of Monsun-biz, I’d say its an opportunity?*—*Online business - Make money with [...]

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.